Anak sulung aku melecur 10% bahagian depan badan dia terkena air mendidih! Kasihan sungguh anak sulung aku yang baru berumur 2 tahun ini. Even aku yang dewasa terkena api sikit kat jari, seminggu sakit tak hilang, tak sanggup aku bayangkan macam mana sakit anak aku ini.
Hari kejadian...
Selasa baru ni, pukul 4 petang, aku dapat phone call dari wife kat office yang anak sulung aku melecur disimbah air panas! Ya Allah! Panik aku. Nasib baik parent in law ada di rumah dan terus bawa anak aku ke Darul Ehsan Medical Centre (DEMC) kat Shah Alam. Aku dengan wife terus ke hospital dari office...
Masa sambut anak aku keluar kereta nak bawa masuk hospital, anak aku menangis teruk dan menggigil, menggeletar sebab terlampau sakit... pedih hati aku tengok keadaan dia macam tu. Kulit dah mengelupas, nampak isi putih kat dada, perut dan pinggang. Begitu seksa anak aku masa tu. Aku dah tak mampu berfikir time tu dan tak sempat bertanya pun macam mana benda tu boleh terjadi.
Terima kasih semua kakitangan unit kecemasan DEMC yang bertindak segera merawat anak aku. DEMC telah memberi rawatan awal dengan baik, tetapi tak dapat nak admit anak aku ke wad kerana DEMC tidak ada "Burn Unit". Kami di refer ke hospital kerajaan.
Anak aku masih menggigil, tapi dah berhenti menangis, mungkin time tu dah sedikit berkurang sakitnya.
What actually happen?
Masa kejadian, bapa mertua ku baru turun dengan anak aku dari tingkat atas. Bapa mertua aku ke depan tapi anak aku ke dapur. Bibik (maid) aku ada di dapur dengan mak mertua aku. Baru sekejap mak mertua aku masuk bilik nak solat, dengar anak aku menjerit. Bila dua2 mertua ke dapur anak aku tengah berdiri menggelupur nak buka baju sebab sakit.
Bibik claim anak aku cuba capai gelas berisi air panas dan tertumpah. Takde siapa pun ada nak buktikan. Mak mertua aku percaya saja. Wife aku pun percaya saja. The only thing mereka marah sebab letak gelas air panas terlampau dekat dan boleh dicapai anak aku.
Aku tak percaya langsung! Bull****! Anak aku tak pernah capai2 benda atas dapur. The only thing dia ke dapur, dia akan buka fridge cari vitagen kegemaran dia. Even doktor Hospital Sungai Buluh (hospital yang di refer) pun tak percaya. Kalau capai gelas dan tumpah, sure satu badan sampai ke kaki akan melecur! Ini hanya bahagian depan badan! Aku suspect dan even doktor tu suspect ini kes 'tertumpah' air panas ke badan.
I don't give a da**...
Really frustrated that both my wife and mother in law bought that story "capai gelas dan tertumpah". Dah lama aku bengang dengan bibik ni, sebelum ni, anak aku yang second jatuh terlentang dalam bilik air tingkat bawah sebab dia lalai tak jaga. Terhentak kepala belakang.
Kalau kau tak suka jaga budak, just say so, tak payah lah aku hire. Keje kat umah aku bukan banyak pun, aku expect fokus jaga budak dua beradik tu saja.
Aku tak ler kata dia sengaja curah air panas. Yang aku marah sebab lalai, and it was at the cost of my son! Kalau sengaja, confirm aku dah buat kes polis. Walaupun tak sengaja aku tak boleh tolerate kecuaian, dah lah tak mengaku salah. Nak expect aku simpan lagi maid macam ni? Hari tu jatuh bilik air, hari ni kena air panas, what next? I don't want to wait and take the risk to find out.
I fired the maid... get out of my house! Aku bukan jenis pemaaf... aku boleh bersabar kalau orang sakiti aku, tapi aku cukup pantang orang sakiti keluarga aku.
Latest follow up...
Pukul 10am hari Jumaat (semalam), aku bawak anak aku follow up dengan doktor pakar bedah plastik kat Hospital Sungai Buluh. Alhamdulillah, doktor cakap anak aku recovering well dan dia akan terus monitor. Doktor kata ambil masa 10 hari nak tengok kulit baru tumbuh, hopefully anak aku recover secepat mungkin, insyaallah. Kesakitan ni terlalu berat untuk budak yang baru berumur 2 tahun.
Terima kasih juga untuk kakitangan Unit Kecemasan Hospital Sungai Buluh. Tak dilupakan Dr Salina dan Dr Dinesh dari klinik pakar bedah plastik.
Peringatan ikhlas untuk semua...
Dear all, berhati-hati lah memilih orang gaji. Ikut luck juga lah, ada yang dapat elok, ada yang tak. Like in my case, my parents in law duduk serumah dan monitor orang gaji ni. Dalam monitor pun boleh kena jugak. Malang memang tak berbau. Hopefully, you all don't end up like what happened to me. Kesian kat anak-anak kita.
Comments
Post a Comment