Majikan yang baik tahu dan terbuka untuk mempertimbangkan kenaikan sekurang-kurang 20% kenaikan berbanding gaji semasa pemohon. Bagi pemohon yang sekadar buta-buta minta kenaikan gaji tanpa asas selama ini pula, anda boleh jadikan ini sebagai rujukan. Kenapa wajar memohon kenaikan 20% untuk menyertai syarikat baru? 1. Apabila menyertai company baru, besar kemungkinan pemohon akan terlepas kenaikan gaji (standard 5%) untuk tahun pertama beliau kerana belum cukup setahun perkhidmatan. 2. Pemohon juga tidak layak untuk menikmati bonus tahun pertama di company baru (1-2 bulan gaji?) melainkan ada perjanjian (diletak dalam surat tawaran kerja yang pemohon akan mendapat bonus secara pro-rata). 3. Ada sesetengah pemohon yang berpindah sebelum mendapat kenaikan gaji (standard 5%) di company lama, jadi sebenar-benarnya kenaikan yang dipeolehi beliau hanyalah 15% (20% expected salary - 5% confirm dapat kalau stay company lama). Oleh itu, pada pendapat saya amatlah wajar dan ...